INFO ITIK NILA / MUSCOVY

Itik Muscovy tempatan dikenali sebagai itik nila. Itik ini berbulu hitam dan putih biasa dipelihara untuk menghasilkan telur dan daging.Baka yang berwarna putih pada keseluruhan badan merupakan jenis yang di import berkualiti tinggi khusus untuk pengeluaran daging secara komersil.


Itik ini juga mempunyai daya tahan dan kelasakan yang tinggi untuk mengharungi cuaca panas & hujan.


Mempunyai saiz yang lebih besar berbanding baka yang lain. Di alam liar, berat nya mencapai 3–7kg. Dan yang diternak, berat nila jantan dapat mencapai sehingga 8-9 kg.


 









Ciri-ciri baka Muscovy/Nila seperti berikut :
  • Leher pendek dan besar
  • Dada lebar dan besar
  • Kaki pendek, kuat berwarna jingga kekuningan
  • Sayap panjang dan kuat
  • Warna bulu, umumnya berwarna hitam bercampur biru/putih, ada juga yang dominan  putih
  • Di alam liar, mereka dapat terbang jauh.
  • Ekor lebar dan pendek
  • Badan besar dan mendatar
  • Kuku panjang dan tajam
  • Pada pangkal paruh di bahagian atas terdapat daging tumbuh

No comments:

Post a Comment